Polisi privasi ini adalah untuk mendasarkan bagaimana Borang.MY mengguna dan melindungi sebarang maklumat yang anda berikan kepada Borang.MY apabila anda menggunakan laman web ini. Borang.MY komited dalam memastikan privasi anda dilindungi. Sekiranya kami meminta anda untuk memberikan sebarang maklumat yang membolehkan anda dikenalpasti ketika menggunakan laman web ini, adalah dijamin bahawa maklumat tersebut akan digunakan berdasarkan polisi privasi ini. Dari semasa ke semasa, Borang.MY boleh mengubah polisi privasi ini apabila kami mengemaskinikan laman ini. Anda hendaklah memeriksa laman ini dari semasa ke semasa dan memastikan anda berpuas hati dengan sebarang perubahan yang dilakukan. Polisi ini berkuatkuasa bermula 7 Oktober 2013.
Apa yang kami kumpulkan?
• Nama • Alamat Emel • Maklumat pembelian para pelanggan anda yang menggunakan Borang.MY.
Apa yang kami akan lakukan dengan maklumat yang dikumpul?
Kami memerlukan maklumat ini adalah untuk membolehkan sistem Borang.MY beroperasi mengikut fungsi yang telah kami tawarkan. Ia juga adalah untuk tujuan berikut:
• Simpanan rekod dalaman • Kami mungkin akan menggunakan maklumat ini untuk meningkat mutu produk dan servis yang kami berikan.
Keselamatan.
Kami sangat komited dalam memastikan maklumat anda adalah selamat. Bagi mengelakkan daripada diakses atau digunakan tanpa kebenaran, kami telah meletakkan prosedur fizikal, eletronik dan pengurusan bagi menjaga dan mengawalselia maklumat yang kami kumpul menerusi atas talian. Kami juga tidak akan sama sekali menjual atau memberikan maklumat para pelanggan anda yang menggunakan sistem Borang.MY kepada mana-mana pihak lain.